Thursday, February 28, 2013

Lelah Jiwa

Bila perihal "kematangan" disentuh
itu takkan buat kau nampak matang.

Apa kau tahu lelah jiwa manusia
kalau setiap yang kau impi
kau peroleh.

Hidup bukan garisan melintang
yang sentiasa lurus tak berlekuk.

Hidup ini garisan ombak
kadang-kadang di atas
kadang-kadang di bawah.

Bukan doaku semoga kau kecundang
cuma biar kau turut rasa apa yang jiwa ini rasakan
baru kau tahu
menghukum manusia itu satu kesilapan.

Titik.

Tuesday, February 26, 2013

Senyum

Terlalu banyak awan kelabu
bisa mengaburi indahnya sinar mentari di ufuk.

Jangan mudah mengalah
dengan setiap ujian yang mendatang
kelak akan pergi jua
bersama mendungnya awan.

Senyummu menawan
usah disimpan
usah disorok
usah dikaburkan
dengan perit jiwamu.

Saat indah pasti ada
jika engkau tetap percaya
pada Dia pemberi bahagia.

Senyum :)

Monday, February 25, 2013

Hilang

Kalau siangmu kelabu
wajarkah wajahmu juga mendung seribu?

Mana perginya senyum manismu
yang kupuja saban waktu?

Hilang?

Kalau hilang
pasti ada di mana mana
tak mungkin lesap sebegitu sahaja.

Aku tak mampu berjanji
namun masih ada sisa usaha
akanku cari setiap yang hilang itu
agar senyum tawamu kunjung kembali.