Tuesday, April 19, 2011

Kau salju,hujan dan hutan rimba

Kau ibarat salju
dingin dan membeku
tapi bagiku engkau menyamankan
bahkan hatiku yang panas mendidih 
berjaya kau tundukkan.


Kau ibarat air hujan
yang bagiku engkaulah pembawa mudarat
namun kau buktikan padaku
kau hujan yang memberi ketenangan
kau hujan yang membawa kebahagiaan
kau hujan yang meredakan resah gelisah.


Kaulah hutan rimba
yang dahulu kufikir kaulah penyimpan segala kegelapan
kaulah yang membuahkan rasa takut dalam hatiku
ah!
sekali lagi kau tunjukkan padaku
kau bukan sebegitu
kau hutan rimba yang menyimpan segala khazanah
yang mencoret kenangan indah
bersama embun-embun pagi
yang menitis menyembah bumi.


Kau saljuku
kau hujanku
kau hutan rimbaku.

0 comments: