Tuesday, April 19, 2011

Bayang-bayang putih

Bayang-bayang putih
aku pasti itu kau
yang menyorok di balik dinding.


Aku tahu kau di situ
memerhati sesuatu 
tanpa kau sedari
mataku menangkapmu.


Bayang-bayang putih
usah kau titskan air mata
kerna yang ada di hadapanmu 
hanya mainan dunia.


Kau gagah tatkala mengibarkan sayap
mengapa harus kau tersungkur 
hanya dek kakimu menjejak tanah
tempat terbongkarnya segala penipuan.

0 comments: